Akaun annurquraniccentre.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

“SEBELUM IBU AYAH TUTUP MATA, TERINGIN TENGOK ANAK BOLEH HAFAL AL-QURAN”

“SEBELUM IBU AYAH TUTUP MATA, TERINGIN TENGOK ANAK BOLEH HAFAL AL-QURAN”

Mungkin anda juga antara ibu dan bapa yang mempunyai niat sedemikian. Senangnya hati melihat ruh  Al-Quran yang subur dalam jiwa si anak. Bukan takat menghafal sahaja, bacaan lancar, dan mampu mendalami ayat-ayat Allah seisinya.


Alangkah nikmat rasanya apabila anak kita sendiri mengimamkan solat jemaah di rumah. Lagi-lagi solat terawih pada bulan Ramadhan akan datang. Kalimah Allah yang dialunkan semasa solat penuh tartil dan dihayati penuh makna. Pasti sejuk perut ibu yang mengandungkannya.


Esok bila anda sudah tiada, anak-anak ini jugalah yang mengisi tabung akhirat. Dengan menyalurkan pahala berterusan melalui bacaan Al-Quran ketika kita sudah meninggal dunia.  





KEM HUFFAZ PROFESIONAL LAHIRKAN GENERASI AL-QURAN TERBAIK


Percaya tak bahawa semua hasrat anda itu tadi akan tercapai dalam masa 2 minggu?

Sekiranya anda mempunyai anak berusia 15 - 18 tahun dan ke atas, inilah masanya untuk sertai KEM HUFFAZ PROFESIONAL. Ia merupakan program hafalan Al-Quran menggunakan teknik efektif Annur selama 2 minggu. Peserta bebas menghafal mana-mana surah berserta tadabbur.

Keberkesanan teknik Annur tidak dapat dinafikan. Seramai 70 orang Hafiz dan Hafizah telah berjaya menghabiskan 30 juzuk dalam tempoh 3 bulan melalui teknik tersebut.





Apa yang akan diberikan sepanjang program?

Program hafalan jangka masa pendek ini akan dipantau dan dibimbing sepenuh masa oleh ustaz-ustazah yang berpengalaman. Bukan sekadar menghafal Quran, tetapi misi kami adalah ingin melahirkan golongan Huffaz Profesional yang berkaliber, mempunyai kemahiran insaniah yang baik dan juga cemerlang akademik.


 


Oleh itu modul di Annur Quranic Centre akan menerapkan aktiviti dan modul tambahan seperti berikut. 

1.    Sesi mentoring dan motivasi setiap minggu

2.     Program pembangunan belia seperti:

[+] Bengkel Kepimpinan

[+] Praktikal Kemahiran Komunikasi

[+] Gotong-royong edaran bubur lambuk 



 

Nikmati ganjaran berlipatganda di bulan Ramadhan dengan mengikuti KEM HUFFAZ PROFESSIONAL. Tempat terhad! Daftar anak anda segera sebelum 10 APRIL 2021. Anda boleh memilih mod pembelajaran seperti berikut:


  Secara bersemuka: RM 1500 (30 pelajar sahaja)

 Atas talian: RM 500


Jangan lepaskan peluang ini. Semoga segala usaha anda beroleh kemuliaan yang

dijanjikan Allah Taala. In sha Allah, banyak keberkatan hidup akan datang jika kita semua beramal dengan Al-Quran.



Nak tahu lebih lanjut mengenai program dan misi Annur Quranic Centre? Jom tonton video di bawah






Dari Mu'adz al-Juharni berkata bahwa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa membaca Alquran dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua orang tuanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari seandainya berada di rumah-rumah kalian di dunia ini. Maka bagaimana menurut perkiraan kalian mengenai orang yang mengamalkannya?". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)